Thursday, 14 July 2016

CUTI-CUTI MALAYSIA - TERENGGANU DARUL IMAN 9/7/2016

RIVER CRUISE TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU












TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU














Pada Hari Raya yang lalu kami di jemput mengahadiri majlis perkahwinan sepupu ayah saya di Terengganu. Kami bertolak pada hari raya kedua kerana majlis perkahwinan akan berlangsung pada hari raya ketiga.

Kami pun bertolak pada pukul satu tengahari dan kami tiba di rumah tumpangan pada pukul sebelas malam. Sejurus sampai kami pun bersiap untuk tidur.


 Pada hari raya ketiga ,kami pun bertolak ke majilis perkawinan sepupu ayah saya yang terletak di Permaisuri , Besut. Selepas majlis selesai kami ke Bukit Payung untuk beraya di rumah atuk saudara saya Selepas habis beraya,kami pun pulang ke rumah tumpangan.

Pada hari raya ke empat,kami bertolak pulang ke KL. Sebelum itu ayah membawa kami untuk berkunjung ke Taman Tamandun Islam atau dikenali seagai TTI. Apabila tiba di TTI, kami menaiki cruise.Ayah saya mengambil banyak gambar semasa menaiki cruise. Kami ke Edutainment Park untuk melihat monument-monument yang diinspirasikan dari seni binaan masjid dari seluruh sedunia. Ayah saya mengambil pelbagai gambar dan saya dapat belajar tentang monument-monument yang menarik. Saya rasa seronok sangat .Setelah selesai,kami ke kedai cenderamata untuk membeli sedikit buah tangan. Selepas itu kami ke medan selera untuk makan tengah hari. Apabila selesai makan, kami pun pulang ke KL dan kami tiba pada pukul satu pagi.

TAMAT.